Cukai kenderaan

Ramai yang anggap beli kereta boleh tolak cukai. Ya memang boleh tolak cukai, tapi banyak mana yang boleh. Ada had atau pun tak. Semua jenis kereta boleh ke?

Macam ni rules dia. Kita panggil kenderaan ya. Dua jenis kenderaan:

1. Kenderaan Komersial

Kenderaan jenis ni dapat tolak cukai 100% ikut harga belian. Takde had. Contohnya van, lori dan sebagainya. Kita beli untuk gunakan dalam perniagaan untuk angkut stok, pekerja dan sebagainya. Takde isu and straightforward.

2. Kenderaan Tak Komersial

Yang ni tricky sikit. Dalam ni la kereta2 yang selalu kita guna. Digunakan untuk angkut penumpang. Rules dia macam ni:

->✅Kereta baru harga kurang rm150,000.

Syarikat akan dapat tolak cukai limit pada rm100,000 sahaja.

Kalau kereta tu kurang dari rm100k, so dapat tolak cukai ikut harga belian kereta. Tapi bila kereta tu harga antara rm100k hingga rm150k, cukai yang dapat ditolak cuma rm100k sahaja.

->✅Kereta baru harga melebihi rm150,000.
   ✅Kereta second hand atau recon.

Syarikat cuma dapat pelepasan cukai limit pada rm50,000 SAHAJA.

Beli kereta harga berjuta pun. Rm50k sahaja yang dapat. Kereta second pun sama.

Nampak bezanya?

Kalau memang nak kurangkan cukai untuk syarikat. Then kena la beli kereta baru yang harganya kurang rm150k. Sebab tu ada range kereta macam tu. Antaranya Honda Accord, Toyota Camry, Nissan Teana dan lain2 la. So dapat la kita tolak cukai maximum rm100k.

Tapi kalau memang nak bagi company nampak gah bila jumpa client atau ada sebab2 lain. Then tak salah beli yang mahal2 pun. Cumanya dapat tolak cukai rm50k sahaja lah.

Tolak cukai pulak bukan maksudnya pada tahun kita beli tu. Tahun pertama akan dapat tolak cukai sebanyak 40% (IA+AA) dari nilai yang dibenarkan tu. Tahun kedua hingga ke-4, dapat tolak 20% setiap tahun.

Comments