Insuran kereta
- Setiap tahun bila tiba tarikh ianya didaftarkan, anda perlu memperbaharui Insuran dan cukai jalan kereta anda.
- Setiap kereta mempunyai nilai insurannya, Jika anda membeli kereta anda RM40,000 tahun ini, nilai insurannya mungkin berharga RM37,000, dan pada tahun hadapan, ia mungkin menjadi RM35,000.
- Jumlah yang anda perlu bayar untuk nilai insuran RM35,000 adalah RM1,121 tanpa sebarang penambahan polisi.
- Berikut adalah jumlah kasar harga insuran yang anda perlu bayar mengikut harga kenderaan yang diinsurankan.
- Jumlah mungkin berbeza mengikut kapasiti enjin kenderaan anda: Nilai diinsurankan Harga insuran RM40,000 RM1,251 RM50,000 RM1,500 RM60,000 RM1,700 RM70,000 RM2,087
- Nilai insuran akan berubah setiap tahun mengikut harga pasaran kereta anda pada tahun berkenaan.
NCD atau No Claim Discount
- Polisi insurans ini adalah diguna pakai diseluruh dunia.
- Kalau anda pemandu yang cermat dan mampu manjauhkan kemalangan dari kenderaan anda atau anda bernasib baik atau anda tidak mengharapkan pihak insuran menyelesaikan masalah kemalangan anda, anda akan dihadiahkan NCD atau No Claim Discount setiap tahun sehingga tahun ke 5 apabila NCD anda mencecah 55%, ia akan berhenti setakat itu!
- Jika anda tidak pernah menuntut sebarang ganti rugi dengan pihak insuran anda, anda akan dihadiahkan diskaun seperti berikut: 25% diskaun untuk tahun pertama 30% diskaun untuk tahun kedua 38.33% diskaun untuk tahun ketiga 45% diskaun untuk tahun keempat 55% diskaun untuk tahun kelima dan tiada kenaikan diskaun untuk tahun keenam dan seterusnya.
- Bagaimana ia berfungsi? jika anda pernah gunakan kereta anda selama setahun tanpa sebarang tuntutan insuran:
- Kes 1 Nilai insuran kereta anda tahun berkenaan: RM40,000 Nilai NCD yang anda terima: 25% Jumlah yang perlu anda bayar: RM938
- Kes 2 Nilai insuran kereta anda pada tahun berkenaan: RM40,000 Nilai NCD yang anda terima: 55% Jumlah yang perlu anda bayar: RM368
- Setiap tahun nilai insuran kereta anda akan menurun, dah jumlah yang perlu dibayar jauh lebih rendah dari tahun sebelumnya kerana NCD dan harga pasaran kenderaan anda.
Penambahan Insuran Cermin hadapan
/ Windscreen.
- Anda cuma perlu menambahkan 15% dari jumlah insuran anda setahun! Lain-lain penambahan sila rujuk wakil insuran anda
- NCD boleh dipindahkan kepada kereta baru anda atau insuran baru dengan syarat kereta baru dan lama mestilah keduanya atas nama anda.
- Jadi jika anda pemandu yang mempunya NCD, tak perlulah risaukan insuran kereta baru anda.
- Kebanyakan pengguna mengesyorkan menggunakan insurans kenderaan berasaskan ‘Takaful‘ seperti Takaful Ikhlas dan Takaful Malaysia ataupun mana-mana penyedia insurans yang mempunyai nama ‘Takaful‘.
- Insurans yang bersifatkan takaful adalah lebih menepati syariat Islam dan bebas daripada unsur riba. Malahan harga bayaran insurans kenderaan sama sahaja di antara kesemua Penyedia Khidmat Insurans.
- Jadi adalah lebih baik mengambil insurans yang terbaik di antara yang terbaikkan.
Contoh under-insured yang mudah difahami
- Sebuah kereta bernilai RM100,000. sum insured cuma RM70,000 - atau 7/10 @ 70%. - bila berlaku kemalangan dan katakan kos pembaikan RM10,000, maka insurans akan bayar cuma 7/10 atau RM7,000. ini kerana premium dibayar cuma 7/10 saja.
- Sebuah kereta bernilai RM100,000. sum insured RM80,000. - atau 8/10 @ 80%. - kereta terbakar hangus dan total loss. oleh kerana sum insured cuma 80%, maka insurans cuma membayar 80% saja atau RM80,000.
- Untuk no 1 fomulanya sekira berlaku under insured dan average clause diguna pakai untuk pengiraan tuntutan insuran. Kos pembaikan x nilai insuran / nilai pasaran = bayaran yg akan dijelaskan oleh syarikat insuran.
- Perbezaannya di tanggung oleh pemilik kenderaan. (cost of repair x insured value/ market value = amount borne by insurance company. The different from own pocket) 10000 x 70000 / 100000 = 7000. 3000 dari poket pemilik
- Fomula ini tidak diguna pakai untuk tuntutan total loss atau kecurian, dalam kes ini jumlah pampasan ialah nilai insuran atau nilai pasaran mana satu yang paling rendah.
Nilai premium insurans kereta anda
- Kalkulator premium kenderaan peribadi kami membolehkan anda mengira jumlah premium insurans yang akan dibayar oleh anda bila anda mengambil insurans bagi kenderaan anda.
- Premium ini berubah bergantung kepda perincian polisi seperti jenis perlindungan, kapasiti enjin, diskaun tiada tuntutan dan manfaat tambahan.
- Sila klik link di bawah
Cara untuk tahu nilai Insurans kereta anda apabila memperbaharui insurans (Secondhand)
- Kalkulator Memperbaharui Insurans
- Sila klik link di bawah
Untuk tahu harga pasaran kenderaan anda boleh mencuba di
- Sila klik link di bawah
- Masukkan data maklumat kenderaan yang dikehendaki.
Perkara yang perlu anda tahu mengenai insurans dan cukai jalan(roadtax)
- Cukai jalan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tarikhnya tamat. Ini akan memudahkan lagi anda untuk merancang masa yang sesuai untuk pergi memperbaharuinya tanpa mengganggu kerja harian. Anda boleh merujuk geran kereta sekiranya anda berasa tidak yakin.
- Pada kebiasaannya, anda akan menyerahkan 100% kepada ejen takaful/insurans untuk menyelesaikan segala urusan sehingga memperoleh roadtax.
- Anda dinasihatkan untuk menyemak maklumat perlindungan takaful/insurans yang anda ambil supaya tidak diperguna.
- Selaku pengguna, anda berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang anda bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful/insurans kenderaan.
- Jumlah perlindungan- Jumlah perlindungan takaful/insurans adalah hak anda untuk tentukan, bukan ejen.
- Anda dinasihatkan untuk memilih jumlah yang bersesuaian dengan harga semasa kenderaan.
- Cara paling selamat untuk mengetahui harga semasa kenderaan adalah dengan menghubungi pihak bank. Ini kerana pihak bank akan mengemas kini harga kereta setiap 3 bulan sekali.
- Cara seterusnya adalah mendapatkan maklumat daripada kedai kereta terpakai. Mereka mempunyai perkiraan harga kereta tersendiri.
- Dan cara termudah untuk mengetahui harga semasa ialah dengan mencari harga purata sesebuah kenderaan. Below/Over insured- Tidak guna untuk meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, anda hanya boleh membuat tuntutan mengikut harga semasa(over insured).
- Sebaliknya, sekiranya anda meletakkan harga perlindungan kereta anda di bawah harga semasa, apabila berlaku tuntutan, syarikat hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang anda insuranskan(below insured).
- Tetapi sesetengah syarikat masih boleh mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan dengan harga semasa tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%.
- Amat penting untuk anda mengetahui harga semasa kenderaan anda.
- Faedah- Anda juga perlu mengetahui mengenai faedah yang anda dapat sekiranya mengambil insurans daripada mana-mana syarikat.
- Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada ditipu. Bandingkan faedah-faedah yang diberikan oleh beberapa buah syarikat kemudian buatlah keputusan yang anda rasakan paling sesuai.
- Antara contoh faedah adalah sepeti diskaun atau bonus apabila tidak berlaku kemalangan pada satu tahun tempoh perlindungan dan
Cukai Jalan / Road Tax
Kadar Cukai Jalan (Road tax) ditentukan oleh beberapa perkara seperti berikut: -
Jenis pemilikan (individu/syarikat)
Jenis kenderaan (Engin desel/petrol)
Kapasiti Enjin/CC
Kawasan (Semenanjung,Sabah,Sarawak)
(a) KADAR LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) MALAYSIA
GARIS PANDUAN PENGIRAAN KADAR LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) BAGI KENDERAAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK (PINDAAN SELEPAS BAJET 2009) [as at 29 Mei 2011]
1. SEMENANJUNG MALAYSIA, PULAU PANGKOR & PULAU LANGKAWI
1.1 SEMENANJUNG MALAYSIA
1.1.1 Motosikal
Kod kegunaan : AA (Motosikal)
i. LKM bagi motosikal dengan kapasiti enjin 150ccdan ke bawah dikekalkan pada kadar sedia ada.
ii. Kadar LKM bagi motosikal dengan kapasiti melebihi 150cc adalah ditetapkan pada kadar tetap seperti berikut:-
Kapasiti Enjin Kadar
151cc hingga 200cc ---->RM 30.00
201cc hingga 250cc ----> RM 50.00
251cc hingga 500cc ----> RM 180.00
501cc hingga 800cc ---->RM 250.00
Melebihi 800cc ---->RM 350.00
1.1.2 Motokar Saloon Persendirian Milik Individu
Kod Kegunaan : AB (Individu) Bahan Bakar : Petrol/diesel/diesel hijau
i) Motokar berkapasiti enjin 1600cc dan ke bawah
dikenakan kadar tetap (flat) seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar
1000cc dan ke bawah ----> RM 20.00
1001cc hingga 1200cc ---->RM 55.00
1201cc hingga 1400cc ---->RM 70.00
1401cc hingga 1600cc ---->RM 90.00
ii) Motokar berkapasiti enjin melebihi 1600cc dikenakan kadar asas dan tambahan kadar progresif seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar Asas Kadar Progresif
1601 hingga 1800cc ----> RM 200.00 RM 0.40 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc
1801cc hingga 2000cc ----> RM 280.00 RM 0.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1800cc
2001cc hingga 2500cc ----> RM 380.00 RM 1.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000cc
2501cc hingga3000cc ----> RM 880.00 RM 2.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2500cc
Melebihi 3000cc ----> RM 2,130.00 RM 4.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc
1.1.3 Motokar Saloon Persendirian Milik Syarikat
Kod Kegunaan : AC (Syarikat) Bahan Bakar : Petrol/diesel/diesel hijau
i) Motokar berkapasiti enjin 1600cc dan ke bawah dikenakan kadar tetap (flat) seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar
1000cc dan ke bawah ---->RM 20.00
1001cc hingga 1200cc ---->RM 110.00
1201cc hingga 1400cc ---->RM 140.00
1401cc hingga 1600cc ---->RM 180.00
ii) Motokar berkapasiti enjin melebihi 1600cc dikenakan kadar asas dan tambahan kadar progresif seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar Asas Kadar Progresif
1601 hingga 1800cc ---->RM 400.00 RM 0.80 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc
1801cc hingga 2000cc ---->RM 560.00 RM 1.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1800cc
2001cc hingga 2500cc ---->RM 760.00 RM 3.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000cc
2501cc hingga 3000cc ---->RM 2,260.00 RM7.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2500cc
Melebihi 3000cc R ---->M 6,010.00 RM13.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc
1.1.4 Kenderaan Persendirian Selain Motokar Saloon Milik Individu Dan Syarikat
Kod Kegunaan : AD (Individu) AE (Syarikat) Bahan Bakar : Petrol/diesel/diesel hijau
i) Motokar berkapasiti enjin 1600cc dan ke bawah dikenakan kadar tetap(flat) seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar
1000cc dan ke bawah ----> RM 20.00
1001cc hingga 1200cc ----> RM 85.00
1201cc hingga 1400cc ---->RM 100.00
1401cc hingga 1600cc ---->RM 120.00
ii) Motokar berkapasiti enjin melebihi 1600cc dikenakan kadar asas dan tambahan kadar progresif seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar Asas Kadar Progresif
1601 hingga 1800cc ---->RM 300.00 RM 0.30 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc
1801cc hingga 2000cc ---->RM 360.00 RM 0.40 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1800cc
2001cc hingga 2500cc ---->RM 440.00 RM 0.80 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000cc
2501cc hingga 3000cc ---->RM840.00 RM1.60 untuk setiapperbezaan cc berbanding 2500cc
Melebihi 3000cc ---->RM 1,640.00 RM1.60 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc
(b) UNTUK PULAU PANGKOR dan PULAU LANGKAWI SABAH DAN SARAWAK
Download di :
http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_docman&task=doc_download&gid=13&Itemid=3
(c) Contoh Pengiraan Cukai Jalan ;
Lihat CC pada Sijil Perakuan Pendaftran Pengankutan anda ;
Hyundai Elentra(2012) = 1797cc
(d) Cara kira Manual : Lihat Jadual di atas ;
” ii) Motokar berkapasiti enjin melebihi 1600cc dikenakan kadar asas dan tambahan kadar progresif seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar Asas Kadar Progresif 1601 hingga 1800cc = RM 200.00, RM 0.40 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc “
1797cc – 1600cc = 197cc
107cc x RM0.40 = RM78.80
Jumlah Sebenar = RM200.00 + RM78.70 = RM 278.80
Cara kira Automatik :
- Masukkan nilai cc kenderaan anda dan tekan Calculate.
- Nilai cc (taip) jika 1.5cc = 1500, 1.8 = 1800
Sila klik link dibawah ;
http://www.autoworld.com.my/v2/tools/roadtax.asp
(c) Contoh Pengiraan Cukai Jalan ;
Lihat CC pada Sijil Perakuan Pendaftran Pengankutan anda ;
Hyundai Elentra(2012) = 1797cc
(d) Cara kira Manual : Lihat Jadual di atas ;
” ii) Motokar berkapasiti enjin melebihi 1600cc dikenakan kadar asas dan tambahan kadar progresif seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar Asas Kadar Progresif 1601 hingga 1800cc = RM 200.00, RM 0.40 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc “
1797cc – 1600cc = 197cc
107cc x RM0.40 = RM78.80
Jumlah Sebenar = RM200.00 + RM78.70 = RM 278.80
Cara kira Automatik :
- Masukkan nilai cc kenderaan anda dan tekan Calculate.
- Nilai cc (taip) jika 1.5cc = 1500, 1.8 = 1800
Sila klik link dibawah ;
http://www.autoworld.com.my/v2/tools/roadtax.asp
Untuk mengetahui lanjut berkenaan penjagaan kereta lengkap
Bolehlah klik
TipsKereta.com
TipsKereta.com
TipsKereta.com
Comments
Post a Comment